Friday, March 27, 2015

Design Untuk Waqaf Tahfiz Online



Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum (SRIIDU) diasaskan pada tahun 2008 oleh beberapa orang siswazah Universiti Al-Azhar, Mesir. SRIIDU bermula dengan 6 orang pelajar dengan menumpang di bangunan Ad-Dirasah Ilmiah IT Centre, Taman Rasah Jaya sebagai tapak awal pendidikanmya. Sehingga kini pada tahun 2013, SRIDDU telah mempunyai 100 orang pelajar.

Ia ditubuhkan di atas kesedaran untuk melahirkan ulama yang menguasai dengan sempurna ilmu-ilmu Al-Quran dan As-Sunnah yang akan memimpin masyarakat pada masa hadapan. SRIIDU dibentuk bukan sahaja berorientasikan pendidikan agama malah mengambil kira pendidikan akademik dan kemahiran yang lain sebagaimana yang dituntut oleh ajaran Islam. Ia ditubuhkan dengan tujuan mendidik pelajar-pelajar agar dapat menghayati kebesaran Al-Quran melalui pembacaan dan hafazan Al-Quran secara sistematik melalui ilmu-ilmu berkaitan seperti Bahasa Arab, Tajwid, Qiraat dan Taranum disamping menimba ilmu akademik seperti Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lain-lain.